Hidup dan Matiku Hanya Untuk ISLAM

May 4, 2008
....HARI INI

ASSALAMUALAIKUM.....

SETELAH SEKIAN LAMA AKU WAT BLOG NI...AKU X POPULAR LAGI...ISH...SEBENARNYA AKU XPANDAI NAK UPDATE MY BLOG....NAK BAGI CANTIK PUN AKU X TAU...ISH...SEDIHNYER....

ESOK AKU NAK G TEMUDUGA....AKU ARAP DAPAT JWB NGAN BAIK....BANYAK A GAJI AKU NANTI...LEH SIMPAN BYK SIKIT....


Posted at 05:04 am by dianaannadwah
Make a comment  

Aug 20, 2007
Perintah secara terus daripada Allah bukti ketinggian martabat sembahyang

ISRAK adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, manakala Mikraj pula perjalanan Baginda menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, ‘Arasy dan Singgahsana (Kursi) Allah hingga menerima wahyu daripada Allah Yang Maha Besar.

Peristiwa ini menunjukkan betapa pentingnya peranan masjid dalam kehidupan umat Islam. Hal ini kerana masjid adalah pusat pembinaan ummah dari aspek kerohanian, mental dan fizikal sekali gus bertindak sebagai pemangkin kebangkitan umat.

Di masjid itulah, umat Islam memulakan langkah kehidupan seharian mereka dan seterusnya meneruskan kelangsungan hidup dengan cemerlang seperti diasaskan oleh Rasulullah SAW. Firman Allah bermaksud: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat yang disebut) maka diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah, ayat 18)

Peristiwa Israk dan Mikraj yang dilalui oleh Rasulullah SAW bukanlah satu detik peristiwa biasa, malah ia bukan hanya sekadar suatu perjalanan untuk melihat kehebatan alam semesta. Lebih daripada itu, perjalanan Israk dan Mikraj mempunyai makna dan hikmah yang cukup mendalam bagi kehidupan Rasulullah SAW secara peribadi dan kehidupan umat Islam secara keseluruhannya.

Secara sejarahnya, latar belakang terjadinya peristiwa agung itu kerana kegelisahan dan kesedihan Rasulullah SAW akibat tentangan, ancaman, pemulauan, ejekan, kecaman dan sebagainya daripada kaum kafir dan musyrik terhadapnya.

Apatah lagi pada masa yang sama, Baginda kehilangan dua tonggak utama yang menjadi tulang belakang bagi gerakan dakwahnya untuk menyeru kaumnya ke arah Islam iaitu isterinya, Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya. Abu Talib.

Tahun itu akhirnya diabadikan oleh sejarawan Islam sebagai tahun dukacita dalam kehidupan Rasulullah.

Untuk meredakan kesedihan Rasulullah dan mengendurkan ketegangan Baginda dalam menghadapi tentangan kaumnya, maka Allah mengundang Rasulullah SAW untuk berisrak dan bermikraj pada malam 27 Rejab. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan pelbagai kejadian luar biasa yang mengungkapkan pelbagai hikmah, iktibar dan pengajaran kepada umat Islam selepasnya.

Salah satu peristiwa penting yang sewajarnya diambil perhatian oleh umat Islam ialah peristiwa pensyariatan ibadat solat lima waktu pada malam itu.

Diamati secara mendalam, ibadat solat difardukan kepada umat Islam melalui pensyariatan secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah SAW di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu dan perantaraan Jibril, sedangkan ibadat lain seperti puasa dan zakat difardukan kepada umatnya melalui perantaraan wahyu yang disampaikan oleh t Jibril kepada Rasulullah SAW.

Pensyariatan ibadat solat secara langsung daripada Allah ini sekali gus mengangkat martabat dan nilai ibadat solat di sisi Allah. Dalam Islam, solat adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama. Sebaliknya sesiapa yang meninggalkan solat bermakna dia telah meruntuhkan agama.

Solat adalah kewajipan secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah SAW dan juga kepada umatnya adalah satu amalan komunikasi yang akan menghubungkan antara manusia dengan Allah.

Jelas di sini, bahawa solat ini bukan hanya sekadar rukuk dan sujud tanpa pengisian jiwa dan hati sanubari dengan iman. Sebaliknya, solat adalah satu bentuk ibadah yang menuntut keikhlasan, ketakwaan dan kekhusyukan Muslim ketika menghadap Allah.

Seorang Muslim yang beriman ialah seorang yang menghadapkan seluruh jiwa kalbunya ke hadrat Ilahi ketika mendirikan solat dengan disaksikan deria ketakwaan kepada-Nya, di samping keinginan mencari petunjuk dan memohon taufik demi meraih kesejahteraan dan kebahagiaan hidup dunia akhirat. Muslim yang benar-benar beriman adalah seorang yang berasa dirinya kerdil lagi daif di hadapan Allah yang Maha Besar.

Solat juga satu satu bentuk kesetaraan manusia di sisi Allah tanpa mengambil kira status sosial mereka. Kesetaraan dan kesamaan taraf di hadapan Ilahi akan berupaya membentuk satu persaudaraan sejati di kalangan umat Islam.

Oleh itu, semua ibadat yang difardukan Allah kepada umat Islam mempunyai nilai persaudaraan sehingga setiap Muslim berasa bahawa mereka bersaudara dalam beribadat kepada Allah dan hanya kepada-Nyalah mereka beribadat.

Persaudaraan yang dianjurkan Islam ini di dasarkan atas dasar takwa, saling hormat menghormati, saling harga menghargai dan bersaing secara sihat demi keredaan Allah semata-mata. Adakah ada satu bentuk persaudaraan yang lebih besar dan lebih utuh di dunia ini selain daripada persaudaraan umat Islam yang beribadat di hadapan Allah seperti yang dipamerkan melalui ibadat solat berjemaah, puasa Ramadan dan haji.

Semua menundukkan kepala kepada Allah Yang Maha Besar, rukuk dan sujud. Tidak ada perbezaan antara satu dengan yang lain, semuanya mengharapkan keampunan, rahmat, petunjuk dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.

Dalam situasi sekarang, setiap Muslim wajib menginsafi dan mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj supaya kita dapat menjana kembali persaudaraan yang unggul dan utuh, sekali gus dapat mengorak langkah ke hadapan memahat sejarah mencipta tamadun yang diimpikan.


Posted at 01:39 am by dianaannadwah
Make a comment  

Jul 26, 2007
Al-Hamdulillah, was-Salatu was-salamu `ala Rasoolillah

Al-Hamdulillah, was-Salatu was-salamu `ala Rasoolillah
As-Salaamu `Alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh
 
Tunjukkan dimana Tuhan!....mesti BACA
 !!!!!!!!
Renungan.....
 
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah 
air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang
tuanya untuk mencari seorang guru agama,kiyai atau sesiapa sahaja yang 
boleh
menjawab 3 pertanyaannya.
 
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang 
kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-
 pertanyaan 
saya?
 
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab 
pertanyaan
anda.
 
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar 
tidak
mampu menjawab pertanyaan
 saya.
 
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
 
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
 
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
 
2. Apakah yang dinamakan takdir

 
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang 
dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki 
unsur
yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir
 sejauh itu?
         
 
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
 
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

 
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
                                                          
 
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
 
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
 
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
 
Kiyai : Jadi anda percaya
 bahwa sakit itu ada?
 
Pemuda: Ya!
 
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
 
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan 
kewujudan
Tuhan tanpa mampu melihat

 
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
 
Pemuda: Tidak.
 
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
 menerima sebuah tamparan 
dari
saya hari ini?
 
Pemuda: Tidak.
 
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
 
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

 
Pemuda: Kulit.
 
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
 
Pemuda: Kulit.
 
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
 
Pemuda: Sakit.
 
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat 
dari
api, jika Tuhan
 menghendaki maka  neraka akan               
        menjadi  tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
 

Posted at 07:18 am by dianaannadwah
Make a comment  

Feb 20, 2007
MENCARI WANITA SEMPURNA

Ini kisah perjumpaaan dua orang sahabat yang sudah
puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara
satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di
sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah
soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada
akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini. 


"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar
seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih
membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih
terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya
saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya
berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat
bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya
dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan
selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia
sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai
disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik
jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama
aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir
kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru
saya tahu, ia banyak tingkah laku yg tak baik dan tidak
bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis,
baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila
diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan
penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari
keluarga yang berantakan yakni berpecah belah dan
selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu
memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.


Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan
kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui.

Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita
ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik,pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun
mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak
terus meminangnya?". Yang ditanya diam sejenak dan
akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab,
"Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang
mencari lelaki yang sempurna".
Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita
itu ? ....


Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang
sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita
mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita
dapat, Kalau kita mau mencari yang sempurna, check
dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di
hadapan orang lain.


Posted at 06:45 pm by dianaannadwah
Make a comment  

Sep 7, 2006
Lipat ganda ibadat Syaaban raih keampunan


SYAABAN antara bulan yang mulia di sisi Allah SWT, bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya.
 

Justeru, Baginda Rasulullah SAW banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini di samping menggalakkan umat Islam melipatgandakan amal ibadat.

Nabi kita Muhammad SAW meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah SWT pada bulan yang agung ini.

Namun, Rasulullah pernah menegaskan bahawa kedatangan Syaaban tidak begitu diraikan dan disambut dengan penuh kesyukuran, ramai Muslim yang leka, lalai dan alpa untuk merebut ganjaran serta kelebihan yang Allah SWT sediakan sepanjang bulan ini.

Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat sebanyak mungkin seperti bersungguh-sungguh meluangkan masa beribadat kepada Allah SWT pada Ramadan.

Adat Jahiliyah dulu, orang Makkah lebih mengutamakan serta memuliakan Rejab dan melupakan Syaaban.

Sehubungan itu, Usamah bin Zaid berkata: Aku bertanya Rasulullah mengenai Syaaban kerana aku tidak pernah lihat Baginda banyak berpuasa sunat seperti Syaaban.

Baginda menjawab: "Bulan yang banyak manusia lalai padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada Syaaban akan diangkatkan segala catatan amalan hamba kepada Allah SWT. Dengan itu aku amat suka supaya diangkatkan segala amalanku ketika aku sedang berpuasa. (Hadis riwayat Ahmad dan Nasa'i)

Maksud hadis di atas jelas menunjukkan segala amal ibadat setiap Muslim sebenarnya diangkat oleh malaikat tiap hari manakala amal ibadat Syaaban boleh dikatakan sebagai laporan tahunan disediakan malaikat untuk dibawa ke hadrat Allah.

Setiap Muslim wajib menginsafi bahawa segala gerak geri, tindakan, perkataan, lintasan niat di hati dan sebagainya akan dicatatkan malaikat tidak kira sama ada yang besar mahu pun yang kecil.

Hal ini jelas menerusi firman Allah SWT bermaksud: "Dan demi sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedangkan (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Ketika dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Surah Qaf, ayat 16 - 18)

Oleh itu, setiap Muslim seharusnya menyedari dan menginsafi betapa ketatnya pengawasan Ilahi terhadap sekalian makhluk-Nya.

Menginsafi pengawasan malaikat iaitu Malaikat 'Atid dan Raqib di samping pengawasan secara langsung daripada Allah SWT mudah-mudahan manusia mempunyai deria kesedaran dan keinsafan menghentikan amalan buruk.

Pada masa sama, memberi dorongan serta semangat untuk melaksanakan kebajikan dan amalan salih yang dianjurkan Islam.

Rasulullah adalah teladan umat Islam dalam segala lapangan hidup, maka mereka digalakkan banyak berpuasa sunat pada Syaaban seperti berpuasanya Rasulullah.

Selepas Syaaban akan dituruti Ramadan yang diwajibkan kepada umat Islam berpuasa dan puasa pada Syaaban ibarat latihan untuk membiasakan diri bagi menunaikan kewajipan berpuasa pada Ramadan nanti.

Bagi mereka yang sudah biasa berpuasa, tentu kurang rasa penat dan tidak pula terkejut serta berasa berat hati untuk berpuasa pada Ramadan.

Terdapat banyak hadis memberi perangsang kepada umat Islam supaya mengikut sunnah Rasulullah SAW antaranya Saidatina 'Aisyah pernah meriwayatkan bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa sebulan penuh kecuali Ramadan, beliau juga tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa hampir sebulan penuh melainkan Syaaban. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Ummu Salmah pula berkata: "Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali Syaaban dan Ramadan. (Hadis riwayat Nasa'i)

Berdasarkan himpunan hadis itu dapat disimpulkan bahawa Islam menggalakkan umatnya melaksanakan ibadat puasa sunat Syaaban lebih-lebih lagi puasa adalah ibadat yang sangat dituntut dilakukan pada Syaaban.

Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai gerbang Ramadan, bulan ini sudah tentu akan melatih Muslim berpuasa menjelang ketibaan ujian berat pada Ramadan nanti.

Justeru, ada kalangan ulama berpendapat puasa pada bulan ini disifatkan yang paling afdal atau baik selepas berpuasa pada Ramadan.

Berkenaan kelebihan Nisfu Syaaban iaitu malam pertengahan Syaaban, Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya, daripada Muaz bin Jabal bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Allah SWT melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang berzina."

Dalam hadis lain yang diriwayatkan Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: "Allah SWT memandang kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat Ahmad)

Demikianlah himpunan hadis yang menggambarkan secara umum kepada kita kelebihan Syaaban yang sungguh istimewa ini.

Oleh itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan seperti diamalkan Rasulullah SAW yang memperbanyakkan puasa sunat.

Setiap Muslim sewajarnya merebut peluang keemasan yang terhampar pada Syaaban untuk meraih keampunan dan keredaan Ilahi kerana terdapat hadis menyatakan bahawa Allah SWT sedia memberi keampunan hamba-Nya yang bertaubat sepanjang Syaaban yang penuh rahmat.

Posted at 06:35 pm by dianaannadwah
Comment (1)  

indahnye ISTIQAMAH..

Cuty_girl "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan ' Rabbunaa 'l-Laahu ' kemudian mereka istiqaamah (meneguhkan pendirian), maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan), 'Janganlah kalian takut dan janganlah kalian sedih dan bergembiralah dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepada kalian'."(QS. Fush-shilat:30)

Langit diatas kita yang terbentang sejauh mata memandang terkadang ia berwarna biru cerah dan terkadang awan-awan berarak-arak menghiasinya, indah dan menyejukkan, namun ia terkadang menghitam gelap menakutkan dan serasa kurang bersahabat. Dan ia adalah ciptaan Allah.....

Demikian pula bumi yang kita injak-injak, kita ludahi, kita penuh sesaki dengan sampah dan kotoran, adakalanya ia begitu indah menawan, menenteramkan hati dan adakalanya pula ia serasa menjauh, menolak kehadiran kita, dan iapun ciptaan Allah juga.....

Mereka adalah diantara ciptaan-ciptaan Allah yang tidak pernah lepas dari orbit kepatuhan, lintasan keta'atan dan posisi kepasrahan.

Alangkah indahnya istiqomah mereka.....

Ketundukan mereka akan peranannya begitu wajar, keta'atan mereka adalah tidak dipaksakan. Tulus...Kita...??? Bagaimana dengan kita...???

Meneguhkan pendirian bahwa Rabb kita adalah Allah dan memelihara konsisten kita sebagai hamba sahaya diantara hamba-hamba Allah lainnya adalah perjuangan yang berat. Dan seringkali ia harus dibayar mahal dengan menitiskan air mata, mengeluarkan keringat dan mengalirkan darah.

Mungkin perjuangan untuk tetap istiqomah harus berakhir dengan hancur remuknya tubuh di tiang salib (Khubaib bin 'Ady), atau dijerumuskan kedalam penggorengan panas yang telah penuh dengan minyak mendidih (Siti Masithoh), atau boleh jadi dengan rosaknya tubuh karena dipanggang dek panas matahari, dihentam habis-habisan dan ditusuk dengan tombak dari pangkal peha hingga ujung kepala (Sumaiyyah).

Namun....Mereka telah merasakan semerbaknya pengorbanan dan memetik buahnya yang ranum dan wangi. Mereka telah mereguk telaga kebahagiaan dan meraih kenyamanan taman syurgawi yang keni'matannya tak mungkin tertandingi oleh kehidupan kita sekarang.

Lantas, bagaimana kita...?

Rasanya ketika diperintah oleh RasululLaah SAW untuk "Amantu bi 'l-Laahi, tsumma 'staqim", maka sikap kita mungkin akan sama seperti Sufyaan bin 'Abdi 'l-Laahi iaitu dengan statement ini kita akan sibuk dan terlalu sibuk untuk tetap berupaya istiqomah dengan keimanan kita.

Pernyataan keimanan itu memerlukan penjelmaan, meminta bukti dan menuntut 'amal sholih. Memang pembuktian itu tidak harus selalu identik dengan kekerasan,keterlaluan atau penyiksaan bahkan pembunuhan, namun kalaupun itu terjadi maka sudah sewajarnyalah kita menerimanya dan meni'mati pengorbanan itu.

Pengorbanan (At-Tadhhiyyah) adalah hak setiap muslim. Setiap muslim sudah sewajarnya menuntut hak dirinya dan merelakan tubuhnya menjadi bukti pengorbanannya dalam rangka istiqomah dengan keimanannya kepada Allah SWT yang mencipta, memberi rezeqi sekaligus membeli setiap diri kita.

Istiqomah merupakan bukti tekad untuk tetap berjalan fii Sabiili 'l-Laah serta perwujudan akhlaqu 'l-kariimah. Ia adalah konsisten, resisten dan persisten.

Alangkah indahnya jika kita dapat mengakhiri kehidupan yang penuh sandiwara dan fatamorgana ini dengan istiqomah di jalanNya. Jalan yang telah ditempuh oleh para Nabi dan Rasul, para Shiddiqqiin (golongan yang jujur dengan syahadahnya), para Shoolihiin (golongan orang-orang yang sholih dan senantiasa menebar kesholihan) dan penerus-penerusnya. Jalan yang menurut budak-budak nafsu dan hamba-hamba syaitan adalah jalan yang penuh onak duri, menyengsarakan, dan bodoh, namun...

Menurut kami ia adalah satu-satunya jalan yang menghantarkan kami kepada mardhoti 'l-Laah, jannahNya dan sudah pasti jalan yang indah...

"Diantara orang-orang yang beriman ada orang-orang benar dengan janjinya kepada Allah. Diantara mereka ada yang telah menunaikan janjinya (menemui syahidnya) dan diantara mereka ada yang masih menunggu-nunggu (untuk menemui syahidnya) dan sama sekali mereka tidak mengubah janjinya." (QS. Al-Ahzab:23)

Alangkah indahnya istiqomah itu...


Posted at 06:18 pm by dianaannadwah
Make a comment  

Alangkah peliknya kita......

Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya,

30 minit terasa terlalu lama utk berzikir tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.

Pelik ya,

betapa lamanya 1 jam berada di masjid, tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya,

tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tp tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya,

dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah, tp dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya,

pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi, tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak.

Pelik ya,

susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tp betapa mudahnya cari bhn bersembang dgn kawan-kawan.

Pelik ya,

betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita, tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya,

rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman, tp majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya,

ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,

susahnya org mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.

Pelik ya,

kita begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

Pelik ya,

kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email, tapi bila mengirim yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita.....?

Tepuk dada ...... tanyalah hati dan iman. Renungkanlah...........


Posted at 06:05 pm by dianaannadwah
Make a comment  

Sep 6, 2006
salamat hari lahir diana

   Malam tadi....tepat jam 12....genap umur aku 23 taun.Sedar x sedar,da tua da aku...rasa cam nangis pun ade bila usia makin meningkat....amalan sikit sangat...entah2 esok lusa aku diseru ilahi.....banyak kenangan sepanjang aku hidup....ade kenangan manis,kenangan pahit,menyedihkan,gembira semua ade....

   Mak,Abah.....timer kasih besarkan diana dengan penuh kasih sayang....mak ngan abah tunggak kekuatan aku...dari aku kecik...sampai besar...dari mak ngan abah sihat,,,,sampai mk ngan abh sakit sekarang....jasa mk ngan abh  sgt2 aku hargai....mak terlalukuat......jaga abah yg tengah sakit....dalam keadaan mak jugak ngah sakit...."YA ALLAH...KAU RAHMATI LAH KEDUA IBU BAPA KU"

arini byk aku dapat hadiah dari kawan2,,,,adik angkat kesayanganku pun bg....timer kasih sumer sebab ingat kat besday aku....terharu rasanya...

 


Posted at 05:12 am by dianaannadwah
Comment (1)  

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg
tak kena je?

ANJING:
Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit
manusia tadi.

LEMBU :
eh? kenapa ?
ANJING:
aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki
dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki
terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi
anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU:
Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat
bagi manusia. Biasalah tu .

ANJING:
Kalau aku najis sekali pon, kalau dia
tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh
dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak
samak dosa?

LEMBU:
Betul tu . Memegang wanita yg bukan
mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat
kenajisannya daripada memegang ko anjing,
malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING:
Wah .. ayat ko me man g power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"



Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada
ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan
dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)
dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi
bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan
menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya
perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing
bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah
berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang

maksudnya , ?Sesungguhnya kepala yang ditusuk
dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal
baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Posted at 05:08 am by dianaannadwah
Make a comment  







dianaannadwah

Wanita Hiasan Dunia,Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah.
Name : Nurzalilah binti Mohd Dahalan-DOB : 9 September 1983-Location : Temerloh,Pahang

<< August 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


::TINGGALKAN PESANAN ANDA::






Rindu itu adalah Anugerah dari Allah.Insan yang berhati Nurani punyai Rasa Rindu


::LINK PILIHAN::

 klik utk baca berita
 Utusan Malaya...
 Best gak paper nih...
  untuk penyokong2 PAS sajer...
 klik utk ke dunia hiburan
 Artis nasyid kita...



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed